Maklumat Sijil Kolej Komuniti Bermodular - SKK (M)

MAKLUMAT AM

Maklumat Program
Ia merupakan latihan kemahiran berdasarkan proses kerja sebenar. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang telah menamatkan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Penawaran secara sepenuh masaPelajar akan menjalani Latihan Industri atau Program Externship (MODUL 5*) - jika diperlukan oleh SKK yang memerlukan pendedahan industri atau penilaian oleh Panel Penilai Luar / Industri.


Apakan menariknya program ini?

  • Latihan berasaskan kepada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang berkaitan
  • Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan
  • Berpeluang mendapatkan pelbagai kemahiran daripada modul-modul yang ditawarkan
  • Penilaian dilaksanakan oleh badan profesional dan agensi kerajaan
  • Berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi bagi mereka yang layak
  • Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan kemahiran

 

Kursus Tawaran di bawah SKK (M)

SIJIL PELANCONGAN DAN PENGEMBARAAN

OBJEKTIF PROGRAM

Sijil Pelancongan dan Pengembaraan merupakan satu program yang direkabentuk bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperolehi pengetahuan bagaimana untuk melaksanakan dan mengendalikan aktiviti berkaitan pelancongan dan pengembaraan. Pelajar akan didedahkan dengan modul Pertolongan Cemas, Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan, Rekreasi Darat, Rekreasi Air, Pemanduan Pelancongan, Operasi Agensi Pelancongan serta Tiketan dan Tempahan.

 

KEISTIMEWAAN PROGRAM

  • Berpeluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
  • Peluang pekerjaan di sektor swasta dan membuka perniagaan sendiri.

 

SYARAT KELAYAKAN

  • WARGANEGARA Malaysia
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara
  • Lulus Bahasa Melayu dalam Peperiksaan SPM /SPMV
  • Kepujian dalam mana – mana satu (1) matapelajaran SPM

 

PROSPEK KERJAYA

  • Kerani Tempahan dan Tiketan
  • PKerani Inbound / Outbound
  • Pembantu Jurulatih Rekreasi
  • Ketua Rombongan
  • Front Liner
  • On-Site Guide

 

PELAKSANAAN PROGRAM

Pengajian dijalankan secara:-

  • SEPENUH MASA (Isnin hingga Jumaat)
  • TEMPOH: 16 Bulan (4 Semester)
  • 3 SEMESTER (Pengajian) DAN 1 SEMESTER (Latihan Industri)

 

YURAN

  • Yuran Pengajian RM 200.00 satu semester

Bantuan Kewangan
Pelajar Kolej Komuniti yang mengambil sijil sepenuh masa SKK (T) atau SKK (M) dalam mana-mana bidang yang ditawarkan boleh memohon bantuan kewangan samada melalui Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP). Pelajar mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat permohonan. Pelajar yang berkelayakan hanya boleh membuat satu sahaja permohonan bantuan kewangan iaitu samada melalui TPP atau BKPKK pada satu sesi pengajian. Sila rujuk maklumat berkaitan TPP dan BKPKK untuk maklumat lanjut.